Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.
Pada kuliah minggu ini, banyak yang saya dan rakan - rakan saya telah pelajari. Walaupun saya tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi saya rasa berbangga kerana terdapat banyak lagi muzik tradisional yang jarang diketahui umum. Pada permulaan kuliah, kami diberi penerangan apa itu soundscape. Saya mengakui yang saya tidak pernah tahu apa itu soundscape. Namun setelah diberi penerangan. Akhirnya saya mengerti apa itu soundscape. Menurut Murray Schafer 1967, soundscape adalah pemandangan bunyi. Setiap bunyi yang terhasil mempunyai karektornya yang tersendiri. Selain itu, hasil daripada pendengaran disekeliling, saya dapat membezakan setiap bunyi yang terhasil. Di dalam kuliah ini juga saya dapat membezakan antara bunyi dan muzik. Menurut kefahaman apa yang telah saya pelajari, bunyi adalah apa sahaja yang kita dengar atau apa sahaja bunyi yang terhasil dari sesuatu objek manakala muzik pula adalah bunyi yang dicipta.
Perjalanan kuliah diteruskan lagi dengan topik seterusnya iaitu budaya muzik. Pada pandangan saya, setiap budaya di dunia ini mempunyai muziknya yang tersendiri. Sama ada ianya untuk keagamaan ataupun dicipta sebagai lambang sesuatu budaya yang diperturunkan dari suatu generasi ke suatu generasi. Sebagai orang melayu, saya amat berbangga kerana terdapat banyak muzik tradisional yang wujud. Selain itu, saya juga sedar bahawa tidak semua muzik itu adalah universal kerana ada sesetengah muzik itu adalah untuk sesetengah budaya yang mengamalkannya. Setiap muzik yang dicipta untuk sesuatu budaya mempunyai nilai estitikanya yang tersendiri serta menjadi signifikan kepada budaya tersebut.
Seterusnya, sejarah. Jika sebelum ini saya hanya mempelajari sejarah muzik barat. Tetapi, pada hari ini saya mempelajari tentang sejarah muzik tradisional kita. Sejarah muzik tradisional merujuk kepada sudut melayu lama. Muzik tradisional kita banyak dipengaruhi oleh budaya luar seperti Timur Tengah, India dan China. Oleh itu, hingga kini kita sendiri tiada identiti muzik tradsional kerana banyak dipengaruhi oleh budaya luar. Bermula dengan Proto Melayu ke Deuto Melayu. Kemudian muzik tradisional mula dipengaruhi dengan kepercayaan animisme. Selepas itu, muzik tradsional Malaysia mula dipengaruhi pula dengan kedatangan pedagang dari India. Kemudian, banyak empayar kerajaan terbentuk seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit. Pada waktu itu juga bertambahnya pengaruh muzik dari budaya luar seperti pedagang dari Arab, contohnya zapin, pengaruh dari Indonesia seperti gamelan, pengaruh dari Thailand seperti wayang kulit, pengaruh dari Barat seperti keroncong. Saya amat teruja dengan sejarah seperti ini.
Kuliah diteruskan lagi dengan topik kategori alat muzik. Terdapat empat kategori alat muzik iaitu Kordofon, Membranofon, Idiofon, dan Areofon. Sebagai salah seorang pelajar muzik. Saya telah didedahkan kategori - kategori seperti ini sejak awal lagi. Saya mudah memahaminya. Namun jika dihitung dari sudut muzik tradisional Malaysia kita, saya berasa banyak lagi alat muzik yang belum saya ketahui.
Topik yang terakhir adalah konsep atau struktur muzik iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Saya melihat ada sedikit kesukaran buat rakan kelas saya dari kursus selain muzik. Tetapi saya berharap mereka dapat mengikuti pelajaran ini dengan baik. Saya dapat memahami topik ini. Begitu juga dengan rakan sekursus dengan saya iaitu muzik.
Akhir sekali dari saya, saya berharap subjek ini, SMP2252, dapat memberi pendedahan dan input yang berguna kepada saya yang merupakan bakal guru. Bagi saya, muzik itu indah dan ada di mana - mana sahaja. Sekian.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
4 comments:
saya setuju dengan pendapat anda hanis
terima kasih syafiqa ..
Ulasan yang menarik Hanis..!
terima kasih Marlin...:)
Post a Comment