Friday, July 30, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI


Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera..


Pada minggu ini, kuliah "Malaysian Traditional Music" diadakan di Bilik Brassband. Saya berasa amat seronok dan teruja dengan topik pada minggu ini kerana, saya banyak belajar benda yang baru..dalam Bahasa Inggeris : learn something new. Antara topik minggu ini adalah :



a.) kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia


b.) kategori muzik tradisional Malaysia


c.) ciri - ciri muzik tradisional Malaysia




Pada permulaan kuliah, kami diberi penerangan tentang istilah Adaptational dan Idiosyncratic. Jika mahu dibandingkan dengan sebelum ini, saya tidak pernah mendengar istilah itu. Setelah mengikuti kuliah ini. Saya mendapati bahawa, adaptational adalah penyesuaian. Contohnya, muzik ghazal. Jika di Malaysia ada bermacam - macam ghazal seperti di Johor, dikenali sebagai ghazal Johor.Manakala di negeri utara, dikenali ghazal Phati. Ini bermakna, muzik ghazal telah disesuaikan di setiap negeri mengikut cara masing-masing. Seterusnya, Idiosyncratic adalah cara atau gaya tersendiri dan sulit.Contohnya, gambus. Gambus berasal dari negara Timur Tengah. Kemudian tersebar ke dunia Melayu dan tersebar juga di Afrika Utara.






Seterusnya, kuliah diteruskan dengan topik kategori atau klasifikasi alat muzik tradisional.
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap negara atau bangsa mempunyai alat - alat muziknya yang tersendiri. Selain itu, setiap negara atau bangsa juga mempunyai pandangan dalam pengklasifikasiannya tersendiri. Jika sebelum ini kita hanya mengetahui dari Barat iaitu perkusi, alat bertali, alat tiupan terbahagi kepada dua iaitu woodwind ( tiupan kayu ) dan brass. Berbeza pula di negara China dan India.

Selain itu, kuliah diteruskan dengan ciri - ciri muzik tradisonal malaysia terbahagi kepada dua iaitu Tradisi Besar ( budaya istana ) dan Tradisi Kecil (budaya rakyat). Selain itu, ada 5 kategori utama iaitu Muzik Rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik dan Muzik Kontemporari. Sebelum ini, saya tidak mengetahui adanya muzik sinkretik. Namun setelah mengikuti kuliah ini, saya dapati bahawa muzik sinkretik adalah budaya muzik desa dan bandar. Ghazal, Dondang Sayang dan Asli adalah tergolong di dalam kategori muzik sinkretik. Saya juga mempelajari 6 jenis bentuk muzik tradisional iaitu seni lakun utama, tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain.





video mekmulung dari ASWARA

gambar sompoton merupakan salah satu organ mulut

Akhir sekali, saya mendapati bahawa banyak alat muzik dan muzik tradisional di Malaysia ini yang saya baru ketahui seperti mekmulung dan sompoton. Saya berharap,selepas ini. Saya dapat memperolah banyak lagi input muzik tradisional Malaysia..membangkit semangat patriotisma secara tidak langsung..kalau dalam facebook, saya akan klik LIKE untuk ayat tadi. :)

3 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 2:52 AM said...

Selamat sejahtera Hanis. Refleksi anda sungguh menarik. Saya sangat tertarik dengan gambar Sompoton anda. Sebenarnya, ibu saya mempunyai banyak koleksi sompoton dan beliau boleh memainkan alat muzik ini. Walaupun begitu, sebelum ini saya tidak mengambil berat tentang itu, tetapi kini selepas mendapat pengetahuan khususnya mengenai alat-alat muzik tradisional yang semakin dilupakan, saya mula teruja untuk mengkaji bagaimanakah alat seperti sompoton dimainkan. Terima kasih kepada En. Amran yang mengajar subjek ini.

Muhammad Muizz on August 3, 2010 at 8:02 AM said...

menarik dan panjang lebar refleksi anda...

Nurhanis Zahidah Hashim on August 21, 2010 at 4:13 PM said...

marlin,saya terasa nak dengar alunan sompoton..hebat ibu marlin.saya kagum kerana dia masih boleh memainkan alat muzik tersebut... great family..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template