Tuesday, October 26, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 12


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada minggu ini, encik amran telah meneruskan pengajaran dengan topik gendang 24 musim. Ianya amat menarik. Walaupun saya seorang dilahirkan di Johor. Saya sendiri tidak mengetahui kehadiran gendang 24 musim ini. Gendang 24 musim ini amat terkenal di Johor. Pada tahun 1988, Persatuan Tionghua Johor Bahru menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan mencetuskan idea untuk membentukkan sebuah ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Idea ini mendapat respon yang baik dari seorang guru muzik yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan Hooi Song. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia. Di bawah ini adalah senarai 24 Jie Qi atau musim :

立春 Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
雨水 Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
惊蛰 Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
春分 Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
清明 Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
谷雨 Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
立夏Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
小满 Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
芒种 Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
夏至 Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
小暑 Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
大暑 Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
立秋 Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
处暑 Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
立冬 Li Dong- bermulanya musim dingin (mulai 7 Nov)
小雪 Xiao Xue- salji kecil (mulai 22 Nov)
大雪 Da Xue- salji besar (mulai 7 Dis)
冬至 Dong Zhi- Solstis musim sejuk (mulai 21 Dis)
小寒 Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
大寒 Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)


6 comments:

CHRISTINE on October 28, 2010 at 2:06 AM said...

tahniah...tapi perlu memberi sedikit pendapat dan pandangan tentang gendang 24 musim agar lebih menarik dan bermakna...

~cikshue~ on October 28, 2010 at 10:47 AM said...

Kupasan yang agak berbeza berbanding rakan yang lain... tahniah~

smp2252aisya on October 30, 2010 at 3:22 AM said...

ulasan anda sedikit dan anda hanya menyatakan nama gendang sahaja dan musim gendang tersebut..

syafiqa on October 30, 2010 at 5:19 AM said...

unik gambar yang anda pamerkan

Zulhilmi on October 30, 2010 at 11:26 PM said...

bagus hanis!! input yang menarik.

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:18 AM said...

wow cantik gambar kat atas tu syitah!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template