Thursday, August 12, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

Seperti kebiasaan untuk setiap minggu. Jurnal refleksi pada kali ini adalah berkenaan dengan Ensemble Gamelan dan Caklempong. Saya tidak berasa terasing untuk kuliah ini kerana, seperti yang saya penah katakan. Saya seorang pelajar muzik dan saya ada mengambil teknik-teknik bagi kedua-dua ensemble tersebut.

Permulaan kuliah, kami disajikan dengan video gamelan dari Bali. Bagi saya,ianya sangat menarik. Terasa ingin pergi ke sana untuk melihat persembahan gamelan tersebut dengan mata saya sendiri. Kemudian pergi kepada jenis-jenis gamelan.Ada dua iaitu Gamelan Melayu @ Terengganu dan Gamelan Jawa. Identiti kedua-dua jenis gamelan tersebut terpisah melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi kedua-duanya. Gamelan Melayu@Terengganu mempunyai alat-alat muzik seperti gendang,bonang@kerumong,saron barung,saron peking, gambang kenong dan gong.Manakala Gamelan Jawa pula mempunyai gendang,bonang,demung,barung,peking,gambang,kenong,kempol dan gong.Tekstur gamelan adalah polifoni dan ianya berulang.Setiap frasa diulang muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan.Bermain alat muzik gamelan juga menuntut kemahiram muzikal serta teknikal, perasaan yang peka serta kerjasama antara setiap pemain yang bermain muzik gamelan tersebut. Gamelan Melayu juga ada tariannya. Tarian tersebut dinamakan tarian asyik.




Seterusnya, kuliah diteruskan lagi dengan Ensemble Caklempong atau Tak Lempong atau Talempong. Terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Ensemble ini sebenarnya berasal dari Minangkabau.Terdapat juga dalam drama tarian randai. Instrumen dalam caklempong adalah gereteh (merupakan 15 susunan bonang dalam C major), Tingkah (8 biji dengan not E,F,G,A,Bb,B,C dan D), gendang ibu dan anak,bangsi,dan serunai.




Bagi saya, kedua-dua ensemble berkenaan saya sudah mengetahuinya. Tinggal lagi saya harus mengingatinya agar saya tidak mudah lupa tentang pelajaran yang sudah saya ketahui. Namun begitu the best moment is bermain gamelan bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas dari pengajian lain.Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template