Saturday, August 21, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


Kuliah pada minggu ini merungkai dua topik iaitu Makyung dan Kompang. Sangat menarik kerana saya dan rakan - rakan kelas yang lain begitu teruja semasa kuliah dijalankan. Banyak aktiviti yang dilakukan bagi memastikan rakan - rakan yang bukan dalam pengajian pendidikan muzik dapat memahaminya.

Makyung adalah dalam kategori seni lakon sama seperti Menora, Jikey dan lain-lain. Di dalam Makyung ini, banyak mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Persembahan Makyung juga ada tujuannya sama ada bertujuan ritual atau hanya suatu persembahan. Di dalam Makyung ada jalan ceritanya. Biasanya dialog yang digunakan adalah dialek kelantan. Sehingga sekarang Makyung ini masih wujud. Ini adalah kerana atas usaha dari pelbagai pihak. Antara watak - watak yang terkandung di dalam persembahan Makyung adalah :

a.) Pakyung & Pakyung Muda (watak utama)
b.) Makyung & Puteri Makyung (raja perempuan)
c.) Peran Tuan & Muda
d.) Tok Wak

Lagu yang dinyanyikan di dalam Makyung antaranya lagu menghadap rebab-simbolik penghormatan terhadap rebab,lagu kijang mas-lagu selepas menghadap rebab, lagu sindung-dinyanyikan oleh pakyung apabila pakyung ingin memberi arahan kepada peran. Alat muzik yang digunakan di dalam persembahan Makyung adalah Rebab (yang paling utama yang mempunyai 3 tali),sepasang gendang, sepasang tetawak.Alat tambahan serunai, geduk dan canai.






~Tuan Rosnan bin Abdul Rahman~


Kita pergi ke dunia kompang pula. Pembelajaran untuk segmen kompang begitu menarik. Kompang adalah berasal dari kebudayaan arab atau timur tengah.Dikenali juga sebagai dufuf, daff,duff,tar atau bendir. Fungsi kompang adalah meraikan majlis perkahwinan,maulidurrasul, majlis berkhatan dan lain-lain.Kompang adalah alat muzik jenis membranofon. Ini adalah kerana permukaannya diperbuat daripada kulit kambing betina kerana mudah untuk ditegangkan. Permukaan kompang dipanggil belulang. Kayu yang berada di sekeliling kompang dikenali sebagai baluh yang diperbuat daripada kayu nangka.

Ada pelbagai jenis permainan kompang antaranya kompang hadrah (Perak), kompang Johor/Jawa, kompang ezhar (Selangor), kompang kelalang (Melaka) dan lain-lain. Selain itu, kompang juga mempunyai pelbagai saiz untuk kesesuaian dari segi umur.
-30cm untuk 12tahun>
-32.5cm untuk 13&14 tahun
-35cm untuk 15&26 tahun
-37.5cm untuk 40tahun

Ada pelbagai rentak antaranya rentak inang,masri,asli,dan lain-lain lagi.





Kesimpulannya, jika sebelum ini saya hanya mengetahui Makyung hanya sebuah tarian. Namun setelah proses pembelajaran berlaku saya mendapati ianya bukan sekadar tarian tetapi mempunyai jalan cerita dan wataknya. Saya sangat teruja dan ingin melihat persembahan Makyung secara live. Kompang pula sudah sedia maklum, saya sudah mempelajarinya dan kuliah ini ada juga penambahan apa yang sedia ada saya ketahui dan mengrefresh semula ingatan saya berkenaan dengan kompang..Jumpa lagi next week...

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template