Wednesday, September 1, 2010

JURNAL REFLEKSI: MINGGU 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada minggu ini, kuliah kami menjalankan pembentangan. Ada dua buah kumpulan yang membentangkan hasil kerja mereka iaitu kumpulan keroncong dan kuda kepang. Kedua muzik tradisional ini sudah lama saya ketahui. Namun, dengan adanya pembentangan ini, rakan - rakan saya telah mengupas kedua topik tersebut secara terperinci.

Bagi tajuk keroncong, saya sudah pernah ketahui kerana kumpulan keroncong di UPSI ini merupakan "senior" kami. Jadi kesemua aspek seperti alat muzik serta lagu-lagu dalam persembahan keroncong sudah saya lihat dan dengar. Bagi saya, muzik seperti ini harus dipelihara dari terus lapuk dek zaman. Saya amat teruja dengan pembentangan kumpulan ini kerana saya suka melihat aksi senior kami yang dirakam. Mereka memang hebat dalam bermain keroncong.

Sesi pembentangan diteruskan oleh rakan kelas saya yang lain dengan topik kuda kepang. Jika diimbas kembali zaman persekolahan saya. Pada waktu itu, saya amat meminati persembahan kuda kepang. Bila saya menonton persembahan kuda kepang, saya amat bersemangat kerana kuda kepang adalah salah satu khazanah seni yang patut dipelihara. Mungkin ianya diharamkan dan ada fatwa mengenai persembahan kuda kepang. Namun begitu, pada hemat saya ambil yang keruh buang jernih. Ini bermaksud, amalan yang bertentangan dengan agama usahlah kita lakukan. Yang penting adalah seni persembahan kuda kepang itu. Syabas bagi kumpulan ini kerana telah sanggup turun ke Johor bagi menemu ramah orang yang pakar dalam persembahan kuda kepang.

Dengan ini adanya pembentangan seperti ini, membuatkan generasi muda lebih menghargai muzik tradisional di Malaysia ini. Marilah kita sama-sama memartabatkan warisan negara kita dari terus lapuk di telan zaman.Nantikan pembentangan kumpulan saya pula pada minggu hadapan dengan topik menora. :)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template