Thursday, September 30, 2010

REFLEKSI JURNAL : MINGGU 10

Assalamualaikun dan Salam Sejahtera.

Kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan Nobat. Nobat sebagaimana yang saya ketahui adalah muzik diraja. Namun saya tidak mengetahui secara terperinci mengenai Nobat ini. Alhamdulillah dengan adanya pembentangan dari rakan saya ini dapatlah saya mengetahui serba sedikit mengenai Nobat. Apa yang menarik tentang Nobat menurut saya adalah salah satu alat muziknya iaitu nafiri.Ini adalah kerana alat ini tiada dimainkan di mana-mana muzik tradisional kecuali nobat. Selain itu saya juga tertarik mengenai keturunan orang kalur. Keturunan ini sahaja yang boleh bermain nobat.Keturunan lelaki ini sahaja yang boleh dibanarkan. Nobat juga bukan sewenangnya boleh dimainkan.Ianya dimainkan apabila penghulu mendapat titah dari sultan untuk nobat dimainkan.Apabila pemain nobat hendak memainkan nobat mestilah berpakaian rasmi bagi mereka.Nobat juga hanya ada di beberapa buah negeri di Malaysia ini iaitu di negeri Perak. Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, dan Melaka. Setiap negeri ini mempunyai pelbagai lagunya tersendiri dan cara permainan nobatnya. Tahniah buat rakan yang membentang kerana hasil kerja lapangan mereka adalah dari Istana Perak di Ipoh. Saya dapat memahami Nobat.

2 comments:

RK_nisa on October 31, 2010 at 1:11 AM said...

Nobat yang sangat best.heheeh

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:05 AM said...

muzik yang saya rasakan istimewa adalah nobat~

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 HANIS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template